மலேசியா இந்திய உலோக வர்த்தகர்கள் மற்றும் மறுசுழற்சி சங்கம்

MIMTA mohon kerajaan beri kelulusan bawa masuk pekerja asing

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Logam dan Barang-Barang Kitar Semula India Malaysia (MIMTA) meminta kerajaan memberi kelulusan untuk membawa masuk pekerja asing dalam sektor kitar semula di Malaysia.

Setiausahanya, Datuk V Malarvanan berkata, kelulusan terakhir yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membawa masuk pekerja asing bagi sektor tersebut ialah pada 2009.


Menurutnya, persatuan berkenaan mempunyai lebih 1,500 ahli yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan besar-besaran namun 500 daripadanya hampir gulung tikar kerana tiada pekerja.

“Ketika ini persatuan memerlukan kira-kira 7,000 pekerja asing untuk bekerja dalam sektor pekerjaan yang sukar, kotor dan berbahaya (3D) bagi meneruskan perniagaan masing-masing.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Search News

Latest News

Social Media